RM150,000 SAHAJA DIPERLUKAN UNTUK INFAK PEMBELIAN TRUCK 4X4
“TOLONG KAMI SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA 1,000 JIWA YANG MEMERLUKAN SEPANTAS 7 HARI SEMINGGU”

Kaya
itu bukan ketika kita mampu membeli,
Tapi
ketika kita mampu memberi.
Hidup
ini seperti pensil yang pasti akan habis tetapi meninggalkan tulisan-tulisan
yang indah dalam kehidupan. Seperti yang kita lakukan di hari ini, semoga kita
dapat meninggalkan kebaikan yang bererti di saat kita tiada kelak.
=====
Yayasan
AMAL Pulau Pinang merupakan salah satu cawangan Yayasan
AMAL yang mana ia bergerak untuk memberi bantuan kebajikan kepada
masyarakat di Pulau Pinang dan sekitarnya.

Setiap
hari,
bahkan pada waktu yang sangat getir terutama ketika musim banjir dan
tambahan pula sekarang kita fasa “lockdown” pasti akan ada golongan
asnaf dan masyarakat yang memerlukan bantuan. Alhamdulillah, Yayasan
Amal Malaysia Cawangan Pulau Pinang berusaha sehabis daya mereka
untuk membantu mereka yang memerlukan.
Kempen Infak Kecemasan yang dilancarkan Yayasan Amal Pulau Pinang adalah untuk mencukupkan dana sebanyak RM 150, 000 yang amat diperlukan untuk membeli kenderaan 4x4.
TUJUAN KEPERLUAN

Bayangkan seluruh kawasan Penaga, Bukit Mertajam bahkan seluruh masyarakat Pulau Pinang mampu dibantu dalam 7 hari sahaja. Itulah yang kami harapkan dengan bantuan dari para penyumbang sekalian. Bantuan ini akan digunakan sepenuhnya untuk membeli 1 unit sahaja kenderaan 4X4.

Dengan Izin Allah, bantuan kepada penduduk Pulau Pinang akan sampai 20% lebih cepat dan segera berbanding sebelum ini, mereka tidak lagi perlu tunggu berminggu-minggu sebelum bantuan sampai.
AYUH BANTU KAMI TINGKATKAN PENYEBARAN BANTUAN DI PULAU PINANG DENGAN LEBIH PANTAS

Sejak
Pandemik COVID-19 melanda, Yayasan AMAL Pulau Pinang telah bergiat
aktif dalam menyampaikan bantuan dan membuat kebajikan semasa
kerajaan mengumumkan PKP dan sebagainya.

Antara
aktiviti yang telah dijalankan termasuklah:
✅ Memberi pek-pek
sumbangan dan bantuan rehabilitasi untuk kepada asnaf yang memerlukan.
✅ Memberi 'food pack'
untuk gelandangan, frontliners, asnaf, siswa, pekerja majlis bandaraya dan
penghantar makanan.
✅ Menyampaikan bantuan kebajikan kepada mangsa bencana dalam negeri dan luar negeri Pulau Pinang.

Sejak
penubuhan Yayasan Amal Pulau Pinang, kami juga mengambil
langkah proaktif mencari dana dan membahagikan semua
dana yang telah diamanahkan.
Kami
juga tidak ketinggalan untuk memberikan kutipan dan pemberian
kepada masyarakat luar negara yang memerlukan. Bermula 17 April 2021, 5,000
naskah Al Quran yang diwakafkan melalui Amal Kedah, Pulau Pinang dan
Pahang telah diagihkan di Negeri Mondou, Goundi dan Kiyabe di
Selatan Chad.

Antara
bantuan lain yang kami berikan juga adalah seperti berikut:
✅ Qurban
di Sudan, Cameroon dan Chad
✅ Aqiqah
di Sudan, Cameroon dan Chad
✅ Hamper Amal Kongsi Rezeki
✅ Sumbangan
Wakaf Hibah
✅ Pusat Dakwah Serantau
✅ Wakaf Lampu Solar
✅ Wakaf Telaga Tiub
✅ Wakaf
al-Quran
✅ Derma Umum
✅ Fidyah
Alhamdulillah, sudah puluhan ribu jiwa orang mukmin dan ada sebahagian yang mencari hidayah telah dibantu. Betapa banyaknya pahala mereka yang telah menderma dan berwakaf sebelum ini. Cuba bayangkan jika wakaf seperti Wakaf Telaga Tiub, dan Wakaf Lampu Solar digunakan setiap hari dalam setahun, sudah 365 hari pahala mengalir tanpa henti kepada para pewakaf!

Sekarang, cuba bayangkan jika unit pickup 4x4 yang anda sumbangkan akan digunakan untuk memberikan bantuan kepada beribu-ribu, malah boleh mencecah ratusan ribu jiwa selama ia masih berfungsi. Bayangkan jika anda sudah tiada dan unit pickup ini masih diteruskan penggunaan sehingga 10 tahun, 20 tahun, insha-Allah, anda akan bahagia di sana. Allahumma Amin.
INILAH PELUANG
ANDA!

Yayasan AMAL Pulau Pinang membuka peluang kepada penderma untuk membuat hibah atau sumbangan derma dalam kutipan dana ini. Semoga pahala yang anda peroleh akan berlipat kali ganda. Harapannya adalah lebih ramai yang mendapat manfaat dalam program kebajikan ini.
Sabda
Rasulullah:
"Tidak
akan berkurang harta mereka yang berinfak".
Ayuhlah menyumbang untuk pembelian kenderaan 4X4 ini agar bantuan kebajikan lebih mudah untuk disampaikan kepada masyarakat.
BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG
Untuk memudahkan pihak tuan/puan melakukan sumbangan, pihak kami menyediakan pakej tajaan seperti berikut:

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank in Ke Akaun Di Bawah:
CIMB BANK
8604632944
YAYASAN AMAL MALAYSIA (AMAL) CAWANGAN PULAU PINANG
REFERENCE: “DERMA21”
** Sila Letakkan reference "DERMA21" untuk mudahkan pihak kami mengagihkan dana yang tuan/puan sumbangkan.
Maklumat tambahan:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas
pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN
BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini, sila
hubungi Zain Azrai B. Abd Ghani, Pengurus Yayasan AMAL Penang di talian +60125779324.
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan kutipan akan digunakan untuk
kos Pengurusan dan Operasi.